Wednesday, February 23, 2011

tinggalkan jelah =,=

erm mls aq nk cite bnyk2 sal statement ni,,aq ase da berbuih mulut aq ni nasihat seorang makhluk Allah ni supaya tinggalkan je suami dia 2..aq bukan nk runtuhkan masjid orang,,tapi aq kesian dengan wanita itu.Bayangkan sekiranya anda berada di tempat beliau,,setelah hampir 21 tahun berkahwin,,namun masih belum nampak pun perubahan dari suami kesayangan dia,,dengan memiliki 3 orang anak,anak dia yang sulung..sebaya dengan aq,,anak no 2 dia dah 17 tahun,,tapi terpaksa meninggalkan zaman persekolahan kerana sudah tidak berdaya lagi nak melihat ibunya yang keseorangan menyara kakaknya yang kini berada di IPTA,manakala adiknya yang bongsu masih lagi di bangku sekolah rendah.Pekerjaan suaminya tidaklah se gah mana sebagaimana yang pernah diceritakan kepada orang luar yang tidak mengetahui mengenai selok-belok keluarga ini.Penagih dadah,,itulah pekerjaan yang sebenarnya dilakukan suami si wanita ini,bukan sahaja menjadi seorang penagih dadah,,malah dia juga telah "memakai" anaknya sendiri sehingga membuatkan anak keduanya melarikan diri dari rumah kerana sudah tidak mampu untuk menanggung beban.Namun tiada laporan polis dilakukan kerana si isteri dan juga merangkap si isteri kepada "LELAKI BANGSAT" ini tidak mampu hidup tanpa suaminya.Apakah??? adakah itu adalah perkara yang paling wajar dilakukan oleh seorang ibu ??..benarlah kata orang,,cinta itu buta.Bukan sahaja mampu membutakan mata pasangan kekasih malah pasangan suami isteri.Kini,si isteri itu hanya mempunyai anaknya yang bongsu yang terlalu kecil untuk mengenali segala-galanya.Kedua-dua anak gadisnya telah membuat hal masing-masing,,hanya sekali sekala mereka menelefon ibu mereka untuk bertanya khabar.Dalam usia 20 dan 17 tahun,,kedua-dua anak gadis ini meneruskan hidup mereka  tanpa hala tuju.Marilah kita bersama-sama mendoakan agar kedua beradik ini sentiasa selamat walau di mana jua dia berada.

p/s : maaf..aq terlalu sayangkan ko..aq terlalu membenci sikap ayahmu sehingga membuatkan aq terpaksa melepaskan geramku.

No comments:

Post a Comment